Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia tujuh tahun menaiki bas ekspres Melaka-Kangar. Ibu itu berpesan kepada pemandu bas,
"Encik...tolong tengokkan anak saya, ya. Nanti kalau sampai di Ipoh.. beritau anak saya ni."
Sepanjang perjalanan, si budak ni bising sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya,
"Sudah sampai Ipoh ke belum?"
Hari mulai malam dan budak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab,
"Tidur ajalah, belum sampai lagi. Nanti kalau dah sampai, saya kejutkan!"
Tapi si budak ini tidak mahu diam, dia pergi ke depan pula dan bertanya kepada pemandu bas untuk ke sekian kalinya,
"Pak cik... dah sampai keIpoh ke belum?"
Pemandu yang sudah keletihan menjawab soalan ituberkata,
"Belum! Tidurlah, nanti kalau dah sampai kat Ipoh, pak cik kejutkan!"
Selepas itu si budak ini tidak bertanya lagi. Dia tertidur dengan nyenyak sekali. Kerana suaranya tidak kedengaran lagi, semua penumpang terlupa padanya, sehingga ketika sampai di Ipoh, tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Star, budak ini masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tiba-tiba....alamaaakk!! Pemandu bas teringat yang dia sudah terlupa membangunkan si budak tadi. Lalu dia bertanya kepada para penumpang.
"Tuan-tuan dan puan-puan sekalian...bagaimana ni, perlukah kita hantar semula budak ini?"
Para penumpang pun berasa bersalah kerana turut melupakan budak kecil tadi. Mereka setuju menghantarnya kembali keIpoh. Maka berpatah baliklah bas itu menuju ke Ipoh. Sesampai di Ipoh,iaitu selepas tiga jam perjalanan, budak itu pun dibangunkan.
"Dik, ooodik, kita dah sampai di Ipoh! Cepat bangun!" kata pemandu.
Si budak itu bangun dan berkata,
"Oh dah sampai ya!"
lalu terus membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkus. Seluruh penumpang kehairanan.
"Eh, bukankah kamu nak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.
"Taklah. Emak saya pesan, kalau dah sampai Ipoh, saya boleh makan nasi bungkus ni!"
0 comments:
Post a Comment