dah pukul 1.45 pagi.. mata pun macam dah nak tertutup dah..tapi sebab tengah download grey's anatomy season 5.. aku tahan kan jugak dari tdo.. masa bukak blog aku...ternampak update dari Diddy Af.. aku pun bukak blog Diddy yg sememangnya aku minat....
satu perkara yang aku perasan dengan blog Diddy ni.. setiap posting dia..mesti pembukaannya adalah... Bismillahirrahmanirrahim ... sejuk je rasa hati bila baca posting dia..hehe.. nak kena ikut ni..huhu... dan Diddy sangat low profile.. xdanya posting dia yang menyampah aku nak bace..semua aku suke..hehe..
penulisan yang serunut dibaca..menunjukkan yang Diddy ni seorang yang friendly..nice...tak merepak...tak macam azwan ali punya blog..sepatah haram aku tak faham ape dia merepek kat situ..hehe...
berbalik kepada blog Diddy...aku pun saja la bukak balik posting Diddy pasal "Tour"..n pergi tengok balik komen yang aku tinggalkan kat dia..bajet nak tengok la org lain komen ape...
tetiba.. aku ternampak ni..
"Hai Lieza =)
Comel tu taklah tapi manis tu adalah hehehe! Gurau je!
Pada Diddy yang penting dua2 bekerja keras untuk berjaya dalam bidang masing2 dan mengharapkan sokongan peminat =) "
waaaaaaah!!!.... Diddy balas komen aku!!.. Wow.. rasa tak percaya je.. ingatkan Diddy just tengok je komen yang aku bagi tu... siap dia link kan aku kat blog dia... wah...serunutnya aku... tak terkata..mata yang ngantuk..terus terbeliak bace komen yang Diddy balas..hehe..
macam tak percaya la..sebab setahu aku.. artis ni mcm susah nak balas komen2 peminat...mcm dalam myspace ke..friendster ke..tak sangka pulak Diddy is so nice n balas komen aku...bukan setakat aku je..aku rasa..semua komen peminat dia balas.. teruja sesangat...hehe.. macam ni la artis yang bagus... menghargai peminat..
untuk pengetahuan korang.. aku mmg da lama minat Diddy k.. bukan sebab dia balas komen aku je.. Dari dia dalam AF lagi da minat..cuma tak la sampai jadi kipas susah mati...hehe...tapi bila dah tahu Diddy so nice mcm ni.. nak jadi lah..kipas susah mati Diddy..hehe...
p/s: Diddy..lieza pinjam 1 eh gambar.. hehe...
Saturday, March 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment