Sebuah kapal tidak akan tenggelam jika dinaiki wanita mengandung, jika kapal yg dia naiki itu
adalah kapal selam.
************************************************
Anda boleh menghentikan sebuah bas dgn menggunakan satu jari dengan cara kumpulkan segala kekuatan kemudian tekanlah loceng.
************************************************
Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter?. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
************************************************
Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
************************************************
Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi.Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem LaDolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960.Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
************************************************
Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walau bagaimana pun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
************************************************
Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
************************************************
Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
************************************************
Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindak balas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
************************************************
Thursday, February 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bapak r..
lawak berpengetahuan nih..
=P
hehe.. tu la.. ;p
Post a Comment