Saturday, May 30, 2009

aku dan romantic princess

| | 2 comments

aku terasa sangat bosan... shin chan semua aku da tengok....tetiba...terasa nak tengok balik..it's started with a kiss...taiwan punya drama...masa tengah tengok list tu...tetiba...ternampak... cerita taiwan gak...ROMANTIC PRINCESS... genre...romantic comedy...walaupun dah lama cerita ni...tahun 2007 punya...macam best je rasa... so... aku pon bukak la...

hero dia... Wu Zun... hero hana kimi...wah...hero hensem...so...aku pon tengok lah.... agak best jugak bila tengok cerita ni...n aku...bila da terjebak tertengok drama...maka aku akan marathon drama tu sampai 6-7 episode back to back...hehe....

http://emo.huhiho.com


ceplos pon tak dapat menarik minat aku untuk tengok dia kat tv depan...huhu...Wu zun sangat hensem....aku sangat suke tengok lelaki pakai sut...sangat macho and cool.. bukan sut yang plain..sut yang ada eksesori...sangat kawai~~...

http://emo.huhiho.com


Jin( wu zun)...kononnya salah sorang dari 4 orang calon waris harta sorang orang kaya ( emp...shortform for emperor...) yang tak de pewaris ni...dia ni ada cucu sorang...tapi hilang...tetiba...lepas 17 tahun hilang....dia dijumpai semula...nama dia xiao mei...

Jin mule2 x ske xiao mei...sebab dia rasa xiao mei ni bukan cucu emp yang betul... asyik gaduh..lama2 suka tapi x mao ngaku...n jin jugak x mao kawen ngan xiao mei sebab kalo dia kawen ngan xiao mei..dia kena jadi pewaris harta...tap sebenarnya dia x mao....

so macam maen tarik tali lah cerita ni...tapi aku sangat ske....jin sangat cool....TAPI...pada episode ke 8...hampir mematahkan semangat aku nak tengok drama ni....cucu emp yang ori datang!!!...n da nak kawen ngan Jin...!!...what the tut tut!!!....

bila dah mcm tu...aku tutup laptop n TIDO.... malas nak layan lagi... tapi pagi ni...bila aku bangun....rasa nak tengok sambungannya meluap2...so aku pon sambung lagi tengok... and u know what.... tu hanya lah rancangan emp nak pastikan cucu dia btol ske kat jin ke tak... owh man...nasib baik aku sambung tengok....gilo punya atok... sanggup test cucu dia sampai cam tu...

Wu zun atau leh gemar di panggil chun...ni sangat lah hensem... yang dia pakai cermin mata tu...wah...cair aku....nape lah aku x leh dapat pakwe macam ni...hehehe....

http://emo.huhiho.com

aku baru nak tao... wu zun ni orang brunei..n bulan 4 ari tu dia ada datang KK...sebab mak dia di kebumikan kat sini...wah...bulan april ari tu..kitaorg berpijak di muka bumi yang sama...huhu...gilo aku ni...hehehe....
Read more...

Thursday, May 28, 2009

lalalala....

| | 0 comments

lalala...da lama x wat post....
sebenarnya ada rasa nak posting...tapi cam malas la....hehe...

sekarang ni aku sangat bengang...
xdapat nak maen mafia wars....
tagged sangat susah nak log in...
aku terasa yang tenet ni sangat la lembap sejak dua menjak ni....
nak je aku terajang modem tu...
tapi..kalo hacor...terus x dapat maen tenet....
TM ngek!!!... service lembap...
bila ayah aku lambat bayo...
pandai plak tepon...tanya bila nak bayo...
ceh....

dua hari lepas....
gi giant...bajet nak cari meja style jepun...
nak letak dalam bilik aku...
sebab dalam katalog macam best je..
bila sampai..aku cari2 la...
xda pong....
mak aku tanya pekerja tu...
dia kata... TAK SAMPAI LAGI....
what the tut tut....
tak sampai lagi atau orang dalam dah kebas dulu....huh!!...

tadi...bila aku bukak nuffnang...
kempen celcom aku dah cecah 32 hengget!!!...
hehe....rasa2nya..xlama lagi...
boleh la aku dapat cek dari nuffnang...
walau hanya 50 hengget....
sapa nak bagi kat aku senang2 cam tu je kan...hehe...
tengok earning aku kat nuffnang je..
da wat aku serunut...gembira...
jadi kawan2 ku...
lawatilah...
www.gossipartismalaysia.blogspot.com
pastu jangan lupa klik semua iklan yang ada kat situ...
hehehe...
Read more...

Monday, May 25, 2009

movie...movie...

| | 0 comments

huhu...dah lama tak lepak tengok wayang...

ada beberape movie yang superb bagi aku sedang ditayangkan...

antaranya....


* 17 AGAIN
~bestnya kalo aku dapat tuka jadi 17 balik...huhu...


* UP
~trailer dia aku jumpa secara tak sengaja....
~ russell....budak gumuk itu sangat comel!!!...
~sangat kelakar......


* A NIGHT AT THE MUSEUM 2

~ wajib aku tengok...

~sebab aku sangat suka night at the museum 1...

~ trailer ida pon dah buat aku ketawa terbahak2...

* UNINVITED

~ nak tengok....tapi... takut...

~ adik aku pon takut....

~ sapa nak teman aku tengok?...hehe...

movie2 dia atas ni...kena tunggu lama sket baru lah ada download HQ.. skrg pon da ada...tp cam.... gambar x chantek....huhu..aku....sebagai penganggur yang nak jugak layan movie2 ni... download je la.... membazir je g tgk wayang....hehe....dia orang pon dah dapat juta2 pon kat sana...so..wat pe aku tambah lagi duwet diaorang kan...hehehe...

movie melayu...sorry...tak masuk dalam list aku.... aku mengklasifikasikan filem melayu sebagai FILEM SAMPAH!!!... pusing2 tu...balik2 cerita yang sama....kalo tang hantu....sangat lah x realistik makeupnya...

bercakap pasal ketidak realistikan filem atau drama antu malaysia...aku sangat bengang bila tengok cerita antu malaysia...wajib ke kalo scene antu nak klua...asap penuh dalam umah tu?... pergh...kabur je jadinya....lagi2 cerita keliwon tu...asap memanjang...

* adakah orang kat sebelah rumah yang ada hantu ni asyik bakar sampah?

* rumah yang berasap...tandanya ada antu kat situ?

n lagi satu drama ke ape jadah...PEMBURU HANTU... ni lagi satu rancangan sampah....drama ke ape? yo yo oll ko nak tiru TAPS dlama GHOST HUNTER... pergh...terasa diri sangat bodoh tengok benda alah ni...drama lebih gila babeng...

ko kalo kata pemburu hantu....yang pergi cabut lari bila nampak pantulan lampu suluh sendirik pehal?... mcm bodoh la... tu bukan PEMBURU HANTU...tu PENAKUT HANTU... cedok lagi program dari luar...TAPS kalo nampak kelibat ke ape ke...diaorang KEJAR.... bukan LARI... so stupid lah pemburu hantu ni... sungguh marah aku tertengok cerita sampah mcm ni....

that's why...aku lebih ske dok depan lappy aku n tengok grey's anatomy...csi..ghost hunter...survivor...ghost whisperer...bones... drama yang berqualiti...n jarang aku tgk tv...coz...cerita melayu suck!!!.... skadar melepas kan batooook di tangga... kalo depan dia best...ending mesti hancor...mcm cincai boncai...

sedihnya aku...grey's anatomy season 5 dah abes...o'mally ngan izzie mati... antm cycle 12 pong da abes...csi ny pon bakal abes..csi season 9 pon dah nak abes...survivor tocantins da abes...amazing race 14 pon da abes...huhu...

kesimpulannya... drama n filem melayu... MEMBOSANKAN AKU.....

Read more...

Saturday, May 16, 2009

fakta sengal....

| | 0 comments

Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
lah Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut
ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau
udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez
yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin
yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud
ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar
kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi
adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi
tentunya besarnya juga tidak sama.

Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
ke arahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu
kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana
kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah
membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
Read more...

Friday, May 15, 2009

lawak for the day...

| | 3 comments

Seorang mamat yang gemuk masuk ke fitness center utk menguruskanbadan.. seorg lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi,"kamimenawarkan 2 program disini... RM50 utk versi 'biasa' dan RM100 utk versi 'cepat'."

Mamat tu pon berkata, "saya ingat yang biasa lah sbb saya ni baru nak try kuruskan badan."

" ok, encik sila masuk ke bilik no.5 di penjuru bilik sana," jawab penjaga kaunter.

Mamattadi pon masuk la ke bilik itu dan menutupnya. selang 2 minit kemudian,seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke dalam bilikitu. dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga menyebabkan mamat tutak senang duduk,berpeluh. Perempuan tadi berkata, "kalu tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat apa saja dgn saya... hikhikhikk"dan dia terus berlari dalam bilik itu. mamat tadi pun kejar la.. kejarpunya kejar samapai 10 minit pon tak dapat lagi. tapi mamat tu kejarlagi sampai terjatuh terjelepok lalu pengsan.

Apabila dia sedar,dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati beratnya dah turun 3kg. " wow.. mmg senang nk turun berat bdn,.. memang berbaloi aku bayarRM50 td" katanya seorang diri.

Keesokkan harinya dia datangsemula ke tmpt tersebut. dia ditegur oleh pemuda di kaunter. setelahdiberi penerangan seperti semalam.. mamat tadi memilih utk mencubaversi 'cepat' pula.

"Baiklah, encik masuk bilik no. 6 di situ ya.."kata penjaga kaunter.

Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datangla seorang body builder yangbadannya tough dan terus melondehkan pakainnya. body builder ituberkata "saya akan kejar kamu dalam bilik ini, dan kalu saya dapat ... ... hehhehheee"
Read more...

pantun ultraman...

| | 0 comments



Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.
ehemm... camne rasa
membazir tak masa?
Read more...

lukisan hidup!!!....

| | 0 comments




Read more...

Thursday, May 14, 2009

rindunya aku pada SMKCP!!!...

| | 4 comments

huhu...tadi tengok trek selebriti qhaud....

memang aku nanti2 kan...sebab gerenti g lawat skolah lama qhaud...

qhaud ni memang aku kenal la...budak 5 bestari...

pengawas yang slalu baca doa tyme perhimpunan...

gaya ala2 hoppers dulu...huhu...

skolah dia...skolah lama aku jugak...sekolah menengah kebangsaan cheras perdana...

pergh...kunin gila mencapub kaler skolah tu...masa aku skolah situ...kale kunin cair...

still tak berubah...
MISS IT VERY MUCH....

tersenyum sendirian aku bila nampak kantin skolah tu...

makanan yang pop kat situ...mee kari...bubur n nasik ayam....

mimie...gerenti tibai nasik ayam...boleh kata hari2...

hilmy...ikut mood dia...

daus..sambar apa saja....

emma...ikut mood...

aku... kalo xda mee kari..aku makan bubur...x pon...nasik ayam...hehe...

rindunya aku pada padang skolah tu...

teringat lagi waktu latihan rumah sukan....

lagi2 waktu latihan merentas desa....

wajib datang 5 kali..aku datang skali je...

orang datang...berlari...aku jalan berlenggang saje..hehe...

http://emo.huhiho.com


di padang tu...aku amek gambar curik nuzul rohaifiz...

pengawas yang aku ske masa form 3...

teringat zaman2 nakal aku kat skolah...

pusat sumber....

tempat aku maen kejar2 dengan hilmy n daus...

tempat aku bergosip dengan daus n hilmy....


http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com


tempat daus dan abg saiful menari lagu tema maria mercedes...

tempat aku salah guna bilik tv...tengok la usurpadora...

tempat paling syiok kalo nak tdo..sebab ada aircond...

tempat aku cilok plastik limenate...( semua gambar f4 aku p limenate...)

ada skali...hilmy dengan bangangnya... malas nak bukak ps...dia leh tutup smua tingkap...buat2 mcm ps tutup...hahaha...

kerja2 bangang dalam ps memang datangnya dari kepala aku...daus n hilmy...

http://emo.huhiho.com


mimie?.... dia follow aku...senang je.....hehe....

cikgu farhana (cikgu ps)...sporting...tu yang bestnya masa tu...

hari rabu....memang geng aku je yang konker bertahun lamanya...

balik2 lieza, daus, hilmy, mimie, emma, aina....dib n shapik sampai form 3 je...

wajib lah semua orang tao...hari rabu..hari bertugas yang wajib untuk kita orang...

sebabnya: hari rabu CP ada pasar malam maaa....balik bertugas terus melencong p sana...

kalo tanya memori pasal sekolah ni...memang yang aku ingat...masa bertugas jadi pengawas pusat sumber je...sebab bagi aku....itu lah masa2 bahagia hidup aku....kalau lah masa boleh di putar kembali... aku nak tukar balik masa form 2...masa aku start jadi pengawas pusat sumber....

http://emo.huhiho.com


RINDUNYA MASA-MASA BAHAGIA ITU......
Read more...

interview semalam....

| | 0 comments

semalam....aku rasa sangat cuak..lebih2 lagi sebab ayah aku akan anta aku awal..skali harung dia g kerja... pendaftaran kol 8.30...aku datang dalam kol 7 gitu...masa ayah aku drop aku depan sekolah tu..dia tanya...ada duit tak?... aku kata ada rm 10 je...n dia bg aku rm 50...( hehe...dalam kepala otak aku da pk...lepas ni aku senyap2...x payah pulang baki...kalo tak...gerenti dia mintak...org kerja bank la katakan... kedekut..hehe...)

aku nampak sekolah tu macam kosong je... aku dah cuak...apesal la datang awal sangat....aku tanya guard sekolah tu....rupanya tukar lokasi ke bangunan sebelah sekolah tu..jabatan pelajaran sabah...maka menapak lah aku dalam 5 min...tetiba ayah aku tepon..dia kata apesal x masuk lagi?... rupa2nya dia ada lagi kat situ..hehe...msti dia ingat aku kecut nak masuk...so aku berlegar2 depan skolah tu...padahal kena p bangunan sebelah...

masa nak naik lif tu...aku dah nampak kelibat ramai oarang..pemburu kerja mcm aku jugak...hehe...pada hari yang sama...ada interview pegawai ape tah n pembantu pegawai... tingkat2 and 5...untuk guru siswazah...tingkat 7...

masa aku sampai tu... ada la dalam 20 orang...ada gak aku pk..kalo yang ini je interview kan baguih...tapi makin lama..makin ramai yang datang...huhu..pendaftaran bukak pukul 8..sebab ramai yang dah datang.... aku orang yang ke 33...masa beratur nak daftar..dapat lah aku tengok perangai orang2 kat sini...

http://emo.huhiho.com


ada yang tak beratur...oh hello!!!...ko blaja je tinggi2...beratur pun tak reti ke...potong line orang...tapi..aku sabar je...rileks...pastu aku ternampak la...2-3 orang budak upm yang aku rasa macam pernah nampak..n aku ada ternampak budak coursemate aku...akak xdip yang sombong..kira satu batch ngan aku...tapi aku memang tak paham la..pesal nak menyombong tak pasal2 ngan kita orang dulu...so...aku x tegur lah dia..

pastu beratur tunggu giliran...masa ni...tempat tu dah sangat padat...tapi masa tu aku berdiri kat tempat tersorok sket..ada rasa aircond...xda la panas sangat...tetbia diaorang bagi pengumuman nak salinan ic 2 keping...ramai yang mengeluh..dia orang ada 1 je salinan ic..tapi aku bernasib baik sebab aku bawak semua salinan sijil aku termasuk salinan ic...so aku x payah turun bawah g fotostat..aku jugak awal2 dah lekat double sided tape kat gambar aku..so xda la susah payah aku cari gam mcm diaorang..kelam kabut...

masa urusetia nak kutip sijil2...tempat tu dah sampai tahap tin sardin... aku masa tu dah rasa nak pengsan pun ada... ye la...berdiri dari pukul 8 sampai ke pukul 1 petang...masa perhimpunan sekolah pun aku tak rasa macam ni...masa ni..tangan aku ...dah nak cramp...kaki dah lemah longlai..sebab aku x sempat sarapan..n tak makan tengah hari...sebab nama aku dekat bahagian atas..so macam takut kalo aku turun makan kat bawah..tetiba nama aku terlepas...tak berbaloi....

masa nak dekat nama aku kena panggil..aku dok kat bahagian dalam pejabat...still berdiri...aku berdiri depan kakak x dip coursemate aku yang sombong tu...pergh...bikin panas aku je... dia duduk atas sofa..so dia macam nak tayang2 la " aku dapat duduk kat kerusi".... siap posing2 bagai...jeling2 aku..pergh...tapi bila nama aku kena panggil dulu... dia wat muka ketat... " bye2 loser!!!..." nama dia kat kertas no 5...so lama lagi lah...nama aku kat kertas no 3..

http://emo.huhiho.com

nasib baik...ada kerusi untuk aku duduk kat dalam tu...kat tempat menunggu...lega....bila group yang kat dalam tu klua..diaorg suruh tunggu seminit..baru masuk...kitaorang pun tunggu..dan2 nak masuk...tetiba interviewer klua..diaorg nak p makan... masa tu pukul 1.15 petang...dia kata sambung pukul 2 petang.

nasib baik tunggu sambil duduk..kalo berdiri kat luar tu lagi..maonya aku nanges nak balik...aku pun duduk lah berlima...1 group 5 orang...yang 4 orang tu memang dah kenal..damn!!..nape la aku sengsorang kat sini...diaorg kan geng so diaorang berborak..aku pon diam2 makan biskut dan air...nasib baik jugak aku ada otak nak pk bawak makanan...n yang paling penting...AIR....

http://emo.huhiho.com

aku ada offer dia orang...tapi diaorg kata takpe...berdasarkan pemerhatian aku...diaorg ni mcm bebudak bawah aku je...tapi bila dah masuk kat dalam..bila interviewer tanya tarikh lahir...diaorg ni semua tahun 85 ma...aku sorang je 86....diaorg ni smua budak UMS...n aku agak heran la..result spm..ada yang dapat 8E in english...mcm na leh masuk U????.....

http://emo.huhiho.com


masa interview....

* tetiba interviewer lelaki tanya aku lahir kat mana..aku kata batu pahat johor... dia kata nape aku punya ic..kat tengah2 tu no 23...dia kata aku ni orang asing ni..lahir kat luar negara...aku da terkezut...nasib baik interviewer pompuan baking aku..dia kata..budak lahir tahun 86 memang ic dia no kat tengah tu lain...sebab dia punya anak pun no 49...kod utk negeri sabah...


http://emo.huhiho.com


* antara soalan yang aku kena...

~ lahir kat mana?...nape ic awak kat tengah ni lain?

~besar kat mana?

"separuh kat terengganu, separuh kat johor...separuh kat selangor n skarang kat sabah"

~kelebihan dalam kokurikulum atau sukan?

" saya memang tak aktif dalam sukan...tapi saya lebih aktif di belakang tadbir sukan tu...sebab saya pernah jadi sukarelawan fespic dan paralimpiad...untuk fespic saya jaga bahagian IT and masa paralimpiad saya jaga squad sabah...uruskan tempat tinggal, makan, pengakutan dan lain2..."

~ape rukun negara yang ke 4?

" kedaulatan undang2"

~maksudnya?

" kita sebagai rakyat malaysia, kenalah hormat dan mengikuti segala undang2 yang telah ditetapkan oleh kerajaan malaysia"

~ kalau kata kena hormat undang2, tapi bagi orang yang buang sampah merata2 tu macam mana?

"maknanya, diaorang tidak menghormati undang2 negara, mungkin kerana kurangnya didikan dari ibubapa atau guru"

~ apa kemahiran komputer awak?

"selain microsoft word...saya boleh lah guna photoshop...saya boleh menguruskan laman web dan blog"

~ mana lebih senang...blog atau web?

"bagi saya, blog lebih senang diurus dan free..."


ada lagi soklan...tapi aku tak ingat...mao sejam jugak group aku kena.... cam na tu...aku habis dalam kol 3 petang....tu baru sampai turn aku...orang yang ke 33....ape nak jadi ngan 240 orang lagi yang tunggu kat luar tu?

kekosongan hanya lah 26 tempat sahaja...tu pun untuk sekolah teknik n sekolah pendidikan khas....mcm na tu?...

http://emo.huhiho.com

balik...aku yang kebulur ni mntak makan nasik bryani...n balik je rumah..dalam kol 5.30 petang...aku terus tido sampai lah kol 9.30 malam... tgk ghost hunter...surf tenet dalam 15 min..kol 12 tdo balik... tak pernah aku rasa penat gila tahap gaban macam ni g interview...huhu...

http://emo.huhiho.com

Read more...

Tuesday, May 12, 2009

huuuuuuuu....

| | 0 comments

SEBAHAGIAN daripada pencari kerja termasuk lepasan universiti, lepasan sekolah dan penganggur yang menghadiri temuduga terbuka Kementerian Pelajaran Malaysia hari ini, yang ditawarkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi. Difahamkan, kira-kira 8,000 menghadiri sesi temuduga yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 18 (1), Putrajaya dan kebanyakan mereka datang seawal jam 5 pagi lagi.

bila aku terbaca berita ni...aku rasa sangat sedih..rasa nak nanges pun ada...rasa cuak...semuanya pun bercampur gaul dengan banyak sekali dalam hati aku sekarang...sekarang ni...masa ni...12 mei 2009 pukul 10.43 malam....

mula2 aku just dengar je..ayah aku cakap dekat putrajaya sampai 8000 orang datang open interview tu....masa tu...aku rasa..."oh tak pe....aku kat sabah..."

lama kelamaan...aku pon pk.... sabah pon ramai gak penganggur...budak2 ums pon msti g....huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....aku macam mana???....bila aku bukak bharian..n tertengok gambar kat atas ni....aku rasa...sangat lah kerdil diri aku ni....

aku mungkin yang paling tak bertuah skali kot...dalam geng aku..aku sorang je masih menanam anggur....hanya mampu memasang angan2....aku skarang ni memang sedih sangat2...kpli x dapat..dpli x dapat...semua pun x dapat...kenapa mesti aku...dalam ramai2 orang yang wujud dalam dunia ni..kenapa mesti aku!!!.....

kadang2 aku rasa mcm aku ni syial sangat...perlukah aku g mandi bunga?... nasib baik mak ngan ayah aku jenis yang tak push aku....kalo tak....kawan2 ku..kalo nak jumpe aku..sila datang ke tanjung rambutan...

aku rasa down gila..rasa semangat tu dah hilang..kalo korang nak kate aku ni cepat patah semangat...cakap lah...aku memang jenis cam tu pon...aku jugak tengah cuak...aku tak reti nak cakap sabah...bila orang tegur2 aku kat kedai pun aku hanya senyum je...sebab sebutir dua je yang aku tahu...yang lain...haram...di buatnya interviewer aku ckp sabah..maka tercengang2 lah aku x faham...maka sah lah aku bukan orang tempatan..maka makin tipis lah peluang aku..maka aku pun menganggurlah lagi...

pasal bahasa ni memang masalah untuk aku...order air pun aku terkial2...macam hari tu..aku oder teh ais..bila budak amek oder tu repeat oder...dia cakap teh peng... so aku cakap..." bukan...saya nak teh ais"...n adik aku kata..sama lah tu...so...nampak sangatlah aku bukan orang sini....huhu...tu pun masalah jugak...

ayah aku kata...orang kat sni lebih cenderung nak bagi kerja kat orang dia lah..sebab ayah aku jugak interviewer untuk jobs kat bsn sabah....( dia siap kena warning jangan amek anak kerja 1 ofis...what the tut!!!...)

k..aku bagi contoh...4 flat dari KL...n 3.6 dari sabah.... skill2 dia orang semua sama level...rasionalnya..mesti amek yang 4 flat right?... but diaorg akan amek yang 3.6....kenape?...lu pk la sendirik....

aku jugak risau...aku akan keseorangan besok...nak je aku mintak mak aku teman..huhu...tapi ape2 pun..at least aku try.... so bukannya aku tak da usaha nak cari kerja....cuma nasib aku tak da...bak kata nico..ini lah nasib ku......

kadang2 aku rasa sedih...bila kawan2 aku tao aku tak kerja...dia orang kata aku tak cari... dia orang kata aku tak da usaha... diaorang suruh aku kerja kedai runcit..aku bukan tak nak...tapi aku ada reason aku sendiri...

1) aku alergic pada habuk...ada asma...n kulit aku leh gatal2...

2) kalau aku nak kerja kat kedai runcit...buat ape aku blaja mcm nak gila+maen2 selama 4 tahun....baik lepas spm terus kerja...

kepada sesiapa yang tak memahami aku....

AKU BENCI KORANG!!!!... I HATE U ALL!!!....

kepada nadhirah abdul talib...a.k.a mell.....

"terima kasih sebab kau sudi menenangkan perasaan aku yang teramat kecewa masa result test dpli klua ari tu....terima kasih sebab kau sudi dengar luahan hati aku yang tengah kecewa tahap gaban tu...aku juga ingin ucapkan...SELAMAT HARI IBU ...eh...SELAMAT HARI GURU lah..buat ko nad...lalalala..."....

friendship are for ever... boys are whatever....hehe...

Read more...

Monday, May 11, 2009

aku...pantai dan iljimae...

| | 0 comments

sabtu lepas...kitaorg g jalan2 kat pantai kat Likas...

bosan asyik g tajung aru je..

lagi pon ayah aku kata tukar lokasi la utk aku amek gamba...

hehe..sebab aku sangat lah suka ngambek gamba ni...

tapi gambar static x suke aaa...so plastik...candid is the best..hehe...

kita orang pon klua dalam kol 5...

tyme matahari nak tenggelam...

so peace full...

pemandangannya..sangat lah chantek....

indahnya alam ciptaan tuhan ini...














punya lah susah nak amek gamba ayah aku ni..bila dia nampak aku datang dengan kamera di tangan...cepat2 dia lari...tapi tetiba..dia peluk adik aku n cakap..
"ha cepat sket amek"...hehe...
bila dia dah nak amek gamba tu...aku kena la cepat2 snap..kalo tak..mula la dia gerak2..ayah aku ni suak amek gamba orang..tapi x ske gambarnya diambil...cam aku aaaa.... mana tumpahnya air sirap kalo x kat atas meja kan..hehe..


bila mak aku kata..."haaa.... turn i pulak..."...
cepat2 ayah aku melarikan dirinya....


diatas adalah adegan kejar mengejar antara mak aku ngan ayah aku yang x mao gambarnya di ambil....

wajah kecewa mak aku yang tak dapat amek gamba ngan ayah aku...
( kecewa ke?...haha..)

amek gamba dengan blakang dia pon jadi lah..hehe....
selepas ke pantai...kita org nk p makan...
aku nak makan sup tulang...minggu lepas g lambat sangat..dah abes..yang tinggal tom yam je..huhu...
ayah aku plak kata nak mkn roti canai...
dan dia pon wat lah undian...
miera: xkesah mana2
hadi: sama macam akak...
aku: SUP TULANG!!!...
ok..dengan ini ayah isytiharkan...kita makan kat kedai mamak!!!...
sup tulang minggu depan la eh...
huuuuuuuuu...baik xyah vote...
malam tu..aku balun tengok iljimae...
ni semua adik aku punya pasallah...
aku dah malas nak tgk drama korea lagi...
tapi..akhirnya aku terjebak jugak...
sangat sedih cerita ni...
iljimae...i lap u...so hansem...hehe...
walaupun lee jun ki ni nampak cam pompuan...



Read more...

FUNKY READERS:

web site hit counter

LIEZA SAYS:

AKU ADALAH AKU.....SO WHAT???

perhatian: liezasakura bukan lah seorang yang hipokrit..jadi gaya penulisannya adalah yang sejujurnya dari hati dia...nak bace..bace..xnak..sudah...ade aku kesah?