Tuesday, November 25, 2008

Lawak for the day...

| |

Lawak Pak Arab

Ditakdirkan seorang gadis Melayu telah berkahwin dengan Pak Arab yang kaya raya. Malam pertama babak asmara bermula……
Gadis : Pak Sheikh…ana takutlah…ana tak biasa….Pak Sheikh jangan ganas-ganas ye……
Pak Arab : Baiklah….anta bukaklah dulu…..
Gadis : Tak boleh….ana malu….Pak Skeikh bukalah dulu…..
Pak Arab : Baik….hah tengok ni…….
Gadis : Waw!….Waw!….Waw!….
Pak Arab : Bukan!….Bukan….Ini bukan Waw…Ini Aliffff!…….
Gadis tersenyum……………….


Bangla dan Rumah Hantu

Seorang pemuda Bangla ditangkap di tempat funfair di ibu kota dan dihadapkan dimahkamah atas tuduhan meramas t*t*k pengunjung rumah hantu dan dibicarakan:-
Hakim: Kamu Hamid Gulam di-tuduh bersalah meramas t*t*k wanita ditempat kerja kamu. “mengaku salah atau tidak?”
Lalu Bangla menjawab tidak mengaku bersalah.
Hakim bertanya mengapa tak bersalah? Si bangla menjawab itu memang tugas nya dirumah hantu.
Lalu Hakim bertanya apa tugas kamu? Bangla menjawab “Sebagai hantu t*t*k tuan!” Hakim tertawa…kah! kah! kah!


Kaya

Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya … “Anak nak ke mana?”. Si mamat menjawab ringkas, “KL” Orang tua itu bertanya lagi, “Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh” dan dijawab oleh si mamat tadi “Ehm…bolehlah.”
Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati simamat berkata, “Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ???” Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, “Anak nak kaya tak?” Si mamat tersentak dan berkata dalam hati,”Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?”
Si mamat pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak” Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi. Kemudian orang tua tu tanya lagi, “Anak nak kaya tak?” Si mamat jawab serupa yang tadi, “Tak apalah pakcik,saya lebih senang hidup sederhana”.
Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, “Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo’s untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.” Terima kasih, ya nak.” lalu orang tua tu turun dari kereta. Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, “Terima kasihlah pakcik” lalu meneruskan perjalanan.

0 comments:

top

FUNKY READERS:

web site hit counter

LIEZA SAYS:

AKU ADALAH AKU.....SO WHAT???

perhatian: liezasakura bukan lah seorang yang hipokrit..jadi gaya penulisannya adalah yang sejujurnya dari hati dia...nak bace..bace..xnak..sudah...ade aku kesah?